KENALI KAKI ANDA SEPENUHUYA
 

Tanggalkan kasut anda dan ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memeriksa diri anda:

 

kulit

 
Cuba periksa kaki anda sama ada ia mengalami kelepuhan, terpelecet atau masalah kulit yang lain. Sekarang, berdiri di sebelah kasut anda. Adakah kasut anda benar-benar sama saiznya dengan tapak kaki anda atau adakah kasut tersebut menjadi punca jerutan yang mengundang pelbagai masalah sampingan kepada kaki anda? Cuba masukkan tangan ke dalam kasut anda. Adakah jahitan, pelana dan bahagian kasar pada kasut itu yang menjadi faktor kepada masalah kulit kaki anda?
   
Peredaran darah  

 

 
Perhatikan warna pada jari anda. Adakah ianya berwarna merah, merah jambu, ungu atau biru? Tekan kuku pada ibu jari anda sehingga warnanya menjadi pucat. Sekarang, biarkan darah anda mengalir kembali ke jari anda. Perubahan warna kepada tahap normal lazimnya mengambil masa antara 2-5 saat untuk seseorang yang mempunyai peredaran darah biasa
 

fleksibiliti

 
Sejauh manakah tahap fleksibiliti jari-jemari kaki anda?  Ambil sebiji guli (cemerlang) dan sehelai tuala kecil (baik) bagi menjalankan ujian ini. Untuk menguji tahap fleksibiliti buku lali anda, berdiri di atas tangga sambil meletakkan kaki anda di penjuru tangga tersebut. Kemudian, biarkan kaki anda turun ke paras bawah tangga tersebut. Hentikan aktiviti ini jika anda merasai kesakitan pada kaki anda. Jika anda mendapati kaki anda turun dengan lancer ke paras bawah tangga tanpa sebarang ketegangan pada belulang anda, maka tahap fleksibiliti kaki anda adalah cemerlang. Jika anda merasai sedikit regangan, ianya boleh diperbaiki dengan kerap melakukan senaman fleksibiliti ini
   
kehebatan  
   
Ambil pemadam pensel dan larikan pada bahagian atas, bawah dan sisi kedua-dua belah kaki anda. Anda akan mengalami rasa yang sama di semua sudut. Anda akan mengalami kegelian pada bahagian bawah tapak kaki anda. Ini adalah normal
 

Pain

 
Tidak akan berlaku sebarang kesakitan pada kaki yang normal/biasa
   
Balance  
   
Senaman baik untuk keseimbangan. Berdiri dengan sebelah kaki, depakan kedua tangan anda ke sisi dan pejamkan mata anda. Jika anda berada lingkungan usia bawah 30-an, anda mampu bertahan selama 15 saat. Mereka yang berusia 30-40 pula boleh bertahan selama 12 saat. Sementara mereka yang berusia 40-50 pula boleh bertahan selama 10 saat. Mereka yang berumur 50 ke atas pula boleh bertahan selama 7 saat. Anda boleh memperbaiki masa anda dengan kerap melakukan senaman ini
   
 
 
Copyright © 2008, www.comfortor.de. All rights reserved.