MASALAH KAKI
 
(untuk mengetahui masalah anda, klik pada mana-mana bahagian kaki di atas)
 
MASALAH KAKI
 

Sakit Tumit

(Dua punca utama kepada masalah sakit tumit adalah Planter Fasciitis dan Achilles Tendonitis).     

 
sakit tumit
 
The most common cause for heel pain is plantar fasciitis (plan –TAR   fash – ee – I – tis). The pain is typically on the bottom, inside area of the heel and may extend into the arch.
   

Masalah ini merupakan punca kepada sakit yang terlalu kuat pada bahagian bawah tumit kaki ketika meletakkan langkah pertama setelah bangun dari tidur pada waktu pagi. Kesakitan yang amat kuat menyebabkan seseorang itu terpaksa berjalan terhingut-hingut atau berpegang pada dinding agar tidak terjatuh sewaktu menuju ke bilik air. Walau bagaimanapun, sakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa ketika sahaja.

 
Achilles Tendonitis
 

Masalah ini seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian atas tumit kaki iaitu kira-kira 2 inci di atas tulang tumit yang juga dikenali sebagai saraf tumit. Kesakitan juga boleh dialami di bahagian belakang tulang tumit kaki.

   
Achilles tendonitis lazimnya dialami di bahagian tapak kaki atau bahagian buku lali. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang. Pesakit akan mengalami bengkak dan kesakitan yang agak kuat ketika memulakan pergerakan
 
sakit buku lali
 
Kesalahan pengurusan kaki, masalah terpelecok buku lali dan sebagainya boleh menyebabkan masalah buku lali seperti penyakit sendi tulang dan Tendonitis
   
terpelecok sendi buku lali

Masalah terpelecok buku lali sering dialami pada tisu yang terdapat dalam sendi buku lali. Lazimnya, tisu di bahagian luar buku lali adalah bahagian yang kerap diserang masalah terpelecok ini. Buku lali yang terpelecok berulang kali adalah disebabkan masalah tersalah urat atau kelalaian tisu pada buku lali. Masalah terpelecok buku lali yang berulang kali akan mengakibatkan kehausan pada bahagian rawan, ketidakstabilan buku lali dan juga ketegangan urat kaki
   
sengal buku lali

Osteoarthritis adalah masalah di mana berlaku kerosakan pada bahagian rawan di antara penyambungan sendi kaki. Apabila berlaku halangan pada titik penyambungan sendi, ia akan memberi kepada pergerakan tulang di bahagian bawah kaki dan sekaligus mengundang kesakitan serta menghalang pergerakan urat kaki. Rekahan tulang dapat dilihat dengan ketara di sekeliling titik penyambungan sendi. Radang dan bengkak tidak dipercayai memainkan peranan penting dalam osteoarthritis. Sengal sendi buku lali lazimnya akan dialami akibat pengurusan kaki yang tidak normal atau berikutan daripada masalah kaki lain yang dialami sebelum ini
   
Posterior tibial tendonitis

Penyakit ini biasanya dialami di bahagian dalam buku lali. Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang
 
Sakit pergelangan kaki
 
Arthritis, kekejangan urat saraf, tendonitis dan masalah lenguh sendi adalah masalah yang kerap dialami di bahagian pergelangan kaki
   
Sengal pergelangan kaki

Osteoarthritis adalah masalah yang berlaku akibat kerosakan pada bahagian otot kaki iaitu bahagian rawan yang terdapat di celahan persambungan sendi. Umumnya, kesakitan yang dialami adalah secara ringan dan remeh sahaja tetapi akan menjadi parah ketika berjalan. Keadaan luka atau trauma terdahulu boleh mendorong kepada masalah sengal pergelangan kaki. Namun, tindakan luar kawal adalah salah satu punca utama kepada masalah ini
   
ketegangan urat saraf

kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian atas kaki adalah kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat di sini bermaksud urat tersebut mengalami gangguan atau halangan daripada struktur kaki atau tekanan daripada kasut yang dipakai
   
sakit tumit

Sakit tumit merupakan akibat daripada keletihan bahagian belakang tumit kaki yang dijangka akan membawa kepada keruntuhan dan kehausan pelantar kaki. Umumnya, masalah ini dijangka mengakibatkan plantar fasciitis kelihatan berair dan membengkak. Tendonitis (rujuk di bawah) juga boleh membawa kepada sakit tumit
   
Posterior tibial tendonitis

Bahagian yang paling kerap diserang posterior tibial tendonitis adalah bahagian dalam tumit kaki iaitu di bahagian pergelangan kaki. Kesakitannya boleh berpusat pada suatu bahagian tertentu dan boleh merebak ke bahagian lain menerusi tumit
 

Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang).

   
Peroneal tendonitis

Kesakitan biasa yang lazimnya dialami di bahagian bahagian luar kaki yang akan menyebabkan benjol dan membengkak. Kesakitannya akan berpusat pada suatu bahagian tertentu dan akan merebak secara perlahan menerusi buku lali
   
kesakitannya pada mulanya kelihatan seperti remeh sahaja, akan tetapi akan bertambah parah menerusi aktiviti lasak yang dijalankan oleh pesakitnya. peroneal tendons terletak pada bahagian luar buku lali, iaitu diselitkan di luar bahagian pergelangan kaki. Bahagian ini berperanan mengawal fungsi serta kestabilan kaki ketika berjalan
 
Sakit kaki hadapan
 
Kesakitan pada kaki hadapan lazimnya akan dialami di bahagian atas tapak kaki atau di bahagian bebola tapak kaki. Tahap kesakitan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan kepada bahagian hadapan kaki yang mengalami kesakitan
 

1. Bahagian Atas tapak Kaki

   
Tekanan atau rekahan tulang

Tekanan atau rekaan tulang adalah keadaan di mana berlaku pecahan atau rekahan pada tulang secara tidak lengkap. Ia sering berlaku pada tulang Metatarsal terkecil yang terdapat dalam tapak kaki. Tulang-tulang Metatarsal kedua, ketiga dan keempat adalah tulang yang paling kerap terjejas akibat masalah ini. Lazimnya, kesakitannya amatlah pedih dan kuat, tetapi ia tidaklah melarat sehingga ke tahap kecederaan dan sebagainya yang lebih kritikal
   
Nerve impingement

Kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian atas kaki adalah kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat di sini bermaksud urat tersebut mengalami gangguan atau halangan daripada struktur kaki atau tekanan daripada kasut yang dipakai
   

2. Bebola tapak kaki

   
Metatarsalgia

Kesakitan pada bebola kaki lazimnya berlaku disebabkan tersalah urat, luka, jangkitan kuman, tekanan yang berlarutan, sengal sendi dan pembedahan kaki terdahulu. Lazimnya, kesakitan yang dialami adalah kuat ketika berjalan dan sering menyerang sambungan metatarsal phalangeal MPJs kedua, ketiga dan keempat
   
Sindrom beban berlebihan metatarsal kedua

Apabila beban berlebihan dipindahkan ke bebola kaki dan metatarsal pertama mengangkat beban lebih daripada biasa, MPJS kedua akan menerima jumlah tekanan yang amat dahsyat. Tekanan berlebihan ini akan mengakibatkan peningkatan belulang di bawah MPJ kedua dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan serta bengkak/radang di bahagian titik penyambungan sendi
   
Neuromas

Neuroma adalah rradang urat yang lazimnya menyerang bahagian bebola kaki dan seterusnya mengakibatkan kesakitan pada jari-jari kaki. Tahap kesakitan adalah remeh ketika berdiri dan berjalan dan boleh dipulihkan menerusi rehat yang secukupnya. Namun, tahap kesakitan ini berbeza antara seorang pesakit dengan yang lain di mana ada yang mengatakan kesakitannya adalah sederhana manakala ada pula yang menderita akibat kesakitan yang serius dan berterusan
   
Sesamoiditis

Sesamoiditis adalah kesakitan/radang yang sering dialami di dua tulang kecil di bawah sambungan jari kaki. Ia berlarutan sebagai suatu tekanan dan lazimnya dialami oleh mereka yang terleibat dalam bidang tarian, sukan lasak seperti pelari pecut dan sebagainya
   
Calluses

Calluses lazimnya menyerang bahagian bawah bebola kaki atau sisi tapak kaki. Tekanan daripada kasut menyebabkan berlakunya geseran dan tindak balas semulajadi pada anggota akan bertindak bagi melindungi kulit daripada mengalami kerosakan. Akibatnya, belulang akan mengalami kesakitan yang amat kuat dan kadang-kala mengakibatkan luka dan radang
 
Sakit jari kaki
 
Terdapat pelbagai masalah yang sering mengancam jari kaki. Antaranya, bengkak di pangkal ibu jari kaki, sengal jari, Hamertoe, masalah urat, selaput kuku dan sebagainya
   
Sambungan jari besar

Dua masalah utama yang menyerang sambungan jari besar adalah bengkak di pangkal jari dan kekakuan pada jari. Kedua-dua masalah ini adalah akibat daripada tersalah urat dan boleh menyebabkan masalah tulang serta sengal pada jari
   
Bengkak pada pangkal ibu jari

Kebengkakan pada ibu jari kaki ini adalah suatu perubahan structural pada kaki di mana akan menyebabkan kecacatan pada tulang di persambungan jari. Pergerakan tulang ini berlaku secara beransur-ansur sebagai tindakbalas kepada pergerakan tulang, posisi kaki, pergerakan kaki yang tidak normal, serta kasut yang terlalu sempit. Masalah ini adalah lebih ketara di kalangan wanita jika dibandingkan dengan lelaki
   
kaku ibu jari/sengal

Kekakuan pada sambungan ibu jari adalah akibat tersalah urat yang akan mengakibatkan rekahan tulang serta sengal pada jari. Kesakitannya adaah biasa dan boleh ditahan dalam keadaan rehat. Namun, apabila dalam posisi bergerak, kesakitannya akan amat perit dan boleh menyebabkan kekakuan pada jari. Istilah perubatan bagi masalah ini adalah hallux limitis
   
Hammertoes

Hammertoe adalah keadaan di mana jari berada dalam keadaan membengkok yang berpunca daripada ketidakstabilan tendon. Tendon dalam tapak kaki sentiasa bergerak secara perlahan-lahan bagi menstabilkan tulang pada jari kaki. Namun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan masalah kebengkokan jari ini
   
Neuromas

Neuroma adalah rradang urat yang lazimnya menyerang bahagian bebola kaki dan seterusnya mengakibatkan kesakitan pada jari-jari kaki. Tahap kesakitan adalah remeh ketika berdiri dan berjalan dan boleh dipulihkan menerusi rehat yang secukupnya. Namun, tahap kesakitan ini berbeza antara seorang pesakit dengan yang lain di mana ada yang mengatakan kesakitannya adalah sederhana manakala ada pula yang menderita akibat kesakitan yang serius dan berterusan
   
Sakit jari kelingking

Kesakitan/radang pada jari kelingking lazimnya berpunca daripada geseran dan gangguan daripada kasut. Ia akan mengakibatkan ketumbuhan sama ada di dalam mahupun di luar jari tersebut
   
Corns

Corns adalah ketumbuhan kulit mati yang akan kelihatan di bahagian atas, sisi, luar mahupun dalam jari kaki. Ia berlaku akibat tekanan berterusan atau ketidakselesaan kasut yang dipakai
   
kuku jari kaki

dua masalah utama pada jari kaki adalah masala fungus pada kuku dan selaput kuku. Walaupun kedua-dua masalah ini adalah berbeza, ia kerap berlaku secara serentak
   
Kuku jari berfungus

Istilah perubatan bagi kuku jari yang berfongus adalah onychomycosis. Kuku kelihatan bertompok-tompok dan menjadi tebal. Warnanya  pula kelihatan kuning dan coklat. Kuku yang tebal ini akan mengundang kesakitan
   
Selaput kuku

Selaput kuku adalah kuku yang melengkung di celah-celah kulit jari. Ia kadang-kala amat menyakitkan dan adakalanya tidak. Walau bagaimanapun, jika selaput kuku ini dijangkiti kuman, ia akan mengundang sakit yang amat perit

Penafian: segala nasihat yang diberikan dalam laman web ini adalah tidak berniat sama sekali untuk menjadi pengganti kepada anda untuk mengunjungi perunding perubatan anda. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesan sampingan  akibat diagnosis atau rawatan yang disarankan dalam laman web ini. Sila kunjungi perunding perubatan/doctor keluarga anda jika anda benar-benar menghadapi masalah kesihatan.

 
 
 
Copyright © 2008, www.comfortor.de. All rights reserved.
 
Midfoot Pain Midfootpain Posterior tibial tendonitisheelpain Achilles Tendonitis Achilles Tendonitis Ingrown toenails Pain at the 5th toe Fore Foot Pain Toe Pain Ankle Pain Achilles TendonitisAchilles TendonitisMid Foot Pain fore foot pain Pain at the 5th toe Ingrown toenails Achilles Tendonitis Achilles TendonitisAnkle Pain Peroneal Tendonitis Forefoot Pain Posterior tibial tendonitisPain at the 5th toe Toe Pain Hell Pain Big toe joint Ankle PainMidfoot PainToenail